Sabtu, 05 November 2016

Fikih Syafi'i

Kitab Mughni Muhtaj

Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfazh al-Minhaj (مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظالمنهاجmerupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i. Ia adalah sebuah kitab yang disusun khusus sebagai syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibinkarya al-Imam Abu Zakariyya al-Nawawi (676H).

Kitab yang dikenali dengan judul ringkas Mughni al-Muhtaj ini disusun oleh seorang ulama terkemuka dalam mazhab Syafi’i pada zamannya, iaitu Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Khathib al-Syirbini al-Qahiri (977H). Di kalangan ulama mazhab Syafi’i beliau dikenali dengan gelaran Syamsuddin al-Khathib al-Syirbini.

Kitab Mughni al-Muhtaj ini dianggap  antara tiga buah kitab huraian (syarah) bagi kitab Minhaj al-Thalibin yang utama menjadi rujukan para ulama mazhab Syafi’i, selain kitab Tuhfah al-Muhtaj karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H)  dan kitabNihayah al-Muhtaj karya Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Mishri al-Anshari (919-1004H).

Imam al-Khathib al-Syirbini menyusun syarah (huraian) kitab al-Minhaj ini sebagai memenuhi permintaan para sahabatnya, yang memerlukan sebuah karya yang dapat memperjelaskan maksud kitab al-Minhaj. Ketika pertama kali menerima permintaan dari para sahabatnya itu, beliau merasa ragu-ragu untuk memenuhi permintaan tersebut. Apabila beliau diberikan kesempatan oleh Allah SWT menziarahi Masjid Nabawi dan solat dua raka’at di Raudhah, tergerak hati beliau untuk merealisasikan permintaan para sahabatnya untuk menulis syarah bagi kitab al-Minhaj.

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj, al-Khathib al-Syirbini cuba menjelaskan kata-kata yang susah difahami yang terdapat dalam kitab al-Minhaj. Beliau juga berusaha menjelaskan kitab al-Minhaj dengan penjelasan yang ringkas, tetapi jelas sehingga karya beliau ini tidak terlalu tebal. Kitab yang telah diterbitkan sebanyak 4 jilid ini sangat besar manfaat dan patut dimiliki dan dikaji oleh mereka yang ingin mendalami mazhab Syafi’i.

Untuk men‘download’ kitab Mughni al-Muhtaj dalam bentuk fail PDF sila klik Cover depanJilid 1Jilid 2Jilid 3Jilid 4.



FIKIH SYAFI'I

Kitab Tuhfatul Muhtaj

Kitab Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj  merupakan sebuah kitab fiqh yang terkenal, yang menjadi rujukan para ulama mazhab al-Syafi’i pada zaman mutaakhir. Kitab ini adalah karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H), yang lebih terkenal dengan panggilannya Ibn Hajar al-Haytami.

Kitab yang lebih dikenali dengan judul ringkasnya al-Tuhfah ini merupakan sebuah kitab yang menghuraikan (mensyarahkan) sebuah karya Imam al-Nawawi (631-676H) yang berjudul Minhaj al-Thalibin. Di dalam muqaddimahnya, Ibn Hajar al-Haytami berkata, “Setelah itu, sudah lama terlintas di dalam fikiranku untuk mengambil berkah dengan memberi sumbangan tehadap sebahagian kitab-kitab Abu Zakariyya Yahya al-Nawawi hinggalah saya berazam untuk berkhidmat terhadap kitabnya al-Minhaj dengan berpedoman kepada kitab-kitab syarahnya yang banyak beredar, serta memberikan jawapan dan tanggapan terhadap beberapa persoalan yang terdapat di dalamnya ” (al-Haytami, 1996:6)

Kitab al-Tuhfah ini merupakan sebuah kitab fiqh utama dalam mazhab al-Syafi’i, yang paling banyak menjadi pegangan muktamad para ulamanya di samping kitabNihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, iaitu karya Imam Syamsuddin al-Ramli (1004H), di dalam menjelaskan pendapat-pendapat yang difatwakan di dalam mazhab setelah era al-Nawawi.

Kitab Tuhfah al-Muhtaj ini sudah dicetak berulang kali bersamaan dengan hasyiahnya, iaitu;

   1.      Hasyiah al-‘Allamah Ahmad bin Qasim al-‘Ubbadi (994H)

         2.      Hasyiah al-‘Allamah Abdul Hamid al-Syarwani al-Daghistani

Menurut al-Syaikh Dr.  Wahbah al-Zuhayli, cetakan kitab al-Tuhfah yang paling elok adalah cetakan Dar al-Kutub  al-‘Ilmiyyah di Beirut yang ditashihkan oleh Syaikh Muhammad Abdul Aziz al-Khalidi.

Download kitab al-Tuhfah di pautan berikut;

Shamela.ws (bok)

Islamweb.net (baca online) 

http://www.islamport.com/isp_eBooks/shf/e-Books/1718.rar 

http://islamport.com/w/shf/Web/1718/1.htm (baca online)  

http://www.almeshkat.net/books/archive/books/tuhft_%20almuhtaj.zip

Sumber:Abusyahmin.blogspot.com

Fikih Madzhab Syafi'i

NIHAAYATUL MUHTAJ

Kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (نهاية المحتاج إلي شرح المنهاج)adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal dan dianggap antara kitab rujukan utama di kalangan ulama mazhab Syafi’i yang mutaakhirin. Kitab ini disusun oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Mishri al-Anshari (919-1004H), atau yang biasa dikenali dengan nama Imam al-Ramli. Beliau terkenal dengan julukan “al-Syafi’i al-Shaghir” (Imam Syafi’i kecil).

Sebagaimana judulnya, kitab Nihayah al-Muhtaj disusun  oleh Imam al-Ramli sebagai sebuah kitab syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, iaitu sebuah kitab fiqh karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Kitab Nihayatul Muhtaj adalah salah satu kitab syarah terbaik di antara sekian banyak kitab syarah Minhaj al-Thalibin. Bahkan menurut sebahagian ulama kitab ini menempati urutan kedua terbaik syarah al-Minhaj setelah kitab Tuhfatul Muhtaj karya Imam Ibnu Hajar al-Haytami (973H).

Kitab ini mempunyai kedudukan yang penting dalam mazhab Syafi’i. Ramai para ulama Syafi’iyah setelah masa Imam al-Ramli yang memuji kehebatan dan keunggulan kitab ini bersama kitab al-Tuhfah, sehingga kebanyakan ulama Syafi’iyah menjadikan kitab ini sebagai rujukan dan pegangan utama ketika mereka berfatwa.

Kitab Nihayah al-Muhtaj ini pernah disodorkan, dibacakan, diminta kritik serta diminta betulkan oleh pengarangnya sendiri di hadapan lebih dari 400 ulama dan setelah mereka mengkaji secara saksama, mereka menyatakan shahih tanpa meragukan sedikitpun terhadap keabsahannya.

Selain menghuraikan isi kandungan kitab al-Minhaj dan menjelaskan maknanya, Imam al-Ramli juga memperjelas permasalahannya, serta menambahkan dalil-dalil syar’iyah dari al Qur’an, al-Sunnah dan pendapat-pendapat para ulama mazhab Syafi’i yang muktabar, sama ada di kalangan tokoh ulama generasi terdahulu (mutaqqimin) atau terkemudiaan (mutaakhirin).

Sistematik penyusunan kitab ini adalah sama dengan kaedah penyusunan kitab al-Minhaj dari segi susunan bab perbahasannya, iaitu dimulai dengan kitab al-Thaharah (bersuci) dan diakhiri dengan kitabUmmahatil Aulad.

Mengikut versi kitab yang diterbitkan Darul Kutub al-Ilmiyah, kitab ini dicetak dengan 8 jilid berserta dua hasyiyahnya, iaitu Hasyiyah Abu al-Dhiya’ Nuruddin Ali bin Ali al-Syibramalisi (977-1087H) dan Hasyiyah Ahmad bin Abdur Razaq bin Muhammad atau yang dikenal dengan sebutan al-Maghribi al-Rasyidi (1087H).

Untuk membaca dan memuat turun kitab Nihayah al-Muhtaj dalam bentuk fail PDF, sila klik CoverJilid 1,Jilid 2Jilid 3Jilid 4Jilid 5Jilid 6Jilid 7Jilid 8.  Semoga bermanfaat.

Sumber:Abusyahmin.blogspot.co.id

Kitab Fikih Madzhab Syafi'i

Muslimedianews.com ~ Ketika di Pondok dulu, kami bersama kawan-kawan tidak pernah tahu, biografi al-Imam al-Syarwani, penulis Hawasyi al-Syarwani ‘ala Tuhfah al-Muhtaj, karya al-Imam Syihabuddin Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah. Karenanya sekarang kami catat, barangkali ada yang ingin tahu siapa sebenarnya beliau.

Beliau adalah al-Imam Abdul Hamid bin al-Husain al-Daghistani al-Syarwani al-Makki. Tidak ada informasi tentang tahun kelahirannya. Hanya saja, setelah beliau menekuni berbagai ilmu agama di negerinya, Daghistan, beliau mengembara ke Negara-negara Islam dalam rangka menuntut ilmu. Ia mengembara ke Istanbul, lalu ke Mesir. Di kedua kota pusat keilmuan Islam pada masa tersebut, al-Syarwani menimba ilmu dari para ulama terkemuka di sana, antara lain Syaikh Mushthafa al-Wadini dan Syaikhul-Islam Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri. Kemudian setelah menamatkan pendidikannya di kedua kota tersebut, beliau datang ke kota Makkah al-Mukarramah dan tinggal di tanah suci tersebut.

Kesibukannya diisi dengan mengajar, mendidik para kader dan menulis karangan, hingga merampungkan Hawasyi (catatan pinggir) terhadap Tuhfah al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, karya Ibnu Hajar al-Haitami, dan dicetak di Mesir dalam 10 jilid.

Al-Syarwani menguasai tiga bahasa, Arab, Persia dan Turki. Ia mengambli Tarekat Naqsyabandiyah dari Syaikh Muhammad Muzhhir, mendapat ijazah dan menjadi murid beliau.

Secara kepribadian, al-Syarwani seorang ulama yang disiplin, berwibawa dan lebih banyak diam. Pada akhir hayatnya, beliau sibuk mengajar. Banyak para pelajar yang berkumpul bersama beliau, menimba ilmu zhahir maupun batin. Biasanya, setelah waktu shubuh beliau mengajar kitab Tuhfah karya Ibnu Hajar. Al-Syarwani memang penganut mazhab Syafi’i yang sangat kuat. Beliau juga senang menyendiri dan banyak melakukan uzlah. Selesai sarapan pagi, biasanya beliau masuk kamar pribadinya di Madrasah Sulaimaniyah, duduk di sana hingga waktu ashar, membaca aurad dan melakukan muraqabah kepada Allah. Ia tidak membolehkan siapapun masuk ke kamarnya, kecuali anak-anaknya, selain pada hari Jum’at dan Selasa. Pada dua hari itu, biasanya melayani orang-orang yang punya hajat pada beliau.

Ia juga selalu menjaga awal waktu dalam menunaikan shalat maktubah dan selalu berhati-hati. Dalam mendidik murid-muridnya, beliau mendidik mereka dengan cara yang sederhana, tidak terlalu ketat, seperti yang dilakukan oleh guru-gurunya. Hanya saja aspek keilmuan beliau lebih popular dari pada aspek spiritualnya. Ketika menyendiri, biasanya beliau menelaah kitab-kitab, terutama dalam mengoreksi karyanya, Hawasyi ‘ala Tuhfah al-Muhtaj. Al-Syarwani telah diperintahkan oleh gurunya, Syaikh Muhammad Muzhhir, untuk menjadi penggantinya sebagai Mursyid Tarekat Qadiriyah Naqsyabandiyah.

Al-Syarwani wafat pada malam Kamis, 26 Dzul Hijjah tahun 1301 Hijriah/1814 M.

Semoga Allah menyirami beliau dengan rahmat-Nya dan mengalirkan berkahnya kepada kita, amin. Demikian informasi yang dicatat dalam sejarah.

Oleh : Ustadz Muhammad Idrus Ramli
Gambar : Karya monumental al-Imam al-Syarwani, yang mengharumkan namanya sampai kini di kalangan penganut madzhab Syafi'i.


Kunjungi www.facebook.com/muslimedianews Sumber MMN: http://www.muslimedianews.com/2014/09/biografi-imam-al-syarwani-penulis.html#ixzz4P9IS4nDt

FIKIH MADZHAB SYAFI'I

Rawdhah al-Thalibin

Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftinmerupakan sebuah kitab fiqh yang masyhur dan menjadi rujukan utama para penuntut ilmu dan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab yang terkenal dengan nama singkatannya sebagai Kitab Rawdhah al-Thalibin atau Kitab al-Rawdhah ini adalah salah sebuah hasil karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).

Kitab al-Rawdhah ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) yang dilakukan oleh Imam al-Nawawi terhadap Kitabal-‘Aziz Syarh al-Wajiz (al-Syarh al-Kabir) karya Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (557-623H). Judul kitab ini (Rawdhah al-Thalibin) digabungkan dengan ‘Umdah al-Muftin, kerana ia memaparkan persoalan-persoalan fiqh secara terperinci, berbeza dengan KitabMinhaj Thalibin karya al-Nawawi yang lain yang dianggap sebagai karya fiqh yang ringkas. Ukuran kedua-dua kitab ini tidak dapat dibandingkan, kerana al-Rawdhah lebih besar berbanding al-Minhaj hingga sepuluh kali ganda [1].

Di dalam mukaddimah kitabnya, al-Nawawi menjelaskan tujuan beliau menulis kitab al-Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin. Beliau berkata;

“Allah swt memberikan inspirasi kepadaku untuk meringkaskan kitab al-‘Aziz karya al-Rafi’i ke dalam beberapa jilid. Saya pun memulai projek ini dengan tujuan memudahkan jalan pemanfaatannya bagi orang yang mempunyai keinginan dan semangat. Dalam projek ini, saya menerapkan metod pertengahan antara sangat ringkas dan sangat panjang lebar. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu tuntunan. Saya menghapuskan sebahagian dalilnya, menghuraikan maksud yang samar, menambahkan padanya dalam banyak perbahasan beberapa keterangan permasalahan dan menyebutkan beberapa tema perbahasan yang padanya terdapat beberapa perbezaan pandangan terhadap al-Rafi’i. Saya berharap, jika kitab ini dapat diselesaikan dengan sempurna bahawa orang yang mentelaahkannya akan benar-benar mengetahui mazhab Syafi’i, memperolehi kepercayaan yang sempurna terhadapnya dan menguasai seluruh apa yang dia perlukan dari berbagai permasalahan [2]. Jika apa yang saya tambahkan dalam kitab ini tidak dinisbahkan kepada orang yang mengatakannya, maka itu saya maksudkan untuk meringkaskannya, dan itu saya telah jelaskan di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan saya mengemukakannya di dalam kitab itu dengan adanya beberapa tambahan” (al-Nawawi,tt: 47).

Ulama fiqh mazhab al-Syafi’i sangat mengambil berat kitab al-Rawdhah dan mereka menuliskan banyak kitab hasyiah terhadapnya. Sebahagian meringkaskannya dan sebahagiannya lagi menghuraikannya. Banyaknya syarah dan karya yang dilakukan terhadap kitab ini menunjukkan ia diterima secara luas oleh ulama fiqh mazhab al-Syafi’i setelah era al-Nawawi. Kitab al-Rawdhah ini sudah dicetak berulang kali. Salah satu cetakannya yang terbaik adalah cetakan Dar al-Fikr, edaran al-Maktabah al-Tijariyyah di Mekah dan bersamanya disertakan beberapa hasyiah karya Sirajuddin ‘Umar bin Ruslan al-Bulqini (805H), dan karya dua orang anaknya; Abdul Rahman bin ‘Umar (824H) dan Soleh bin ‘Umar (868H). Kitab ini terdiri daripada dua belas jilid.

Artikel di atas dipetik dengan sedikit olahankembali dari Kitab al-Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Dr Akram Yusuf ‘Umar al-Qawasimi, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dengan judulEnsiklopedia Imam al-Syafi’i Jilid 1 (Pengantar Mazhab Imam al-Syafie) dan diterbitkan oleh AL-HIDAYAH PUBLICATION, cet. 1 2012 .

Download kitab Rawdhah al-Thalibin di pautan berikut: 
                                         http://www.waqfeya.com/book.php?bid=7143

[1] Kitab Minhaj al-Thalibin dan kitab Rawdhah al-Thalibin pada dasarnya berasal daripada satu sumber. Kitab Minhaj al-Thalibin merupakan ringkasan kitab al-Muharrar, sementara kitab Rawdhah al-Thalibin merupakan ringkasan kitab al-‘Aziz (al-Syarh al-Kabir). Kedua-duanya, iaitu al-Muharrar dan al-‘Aziz adalah sama-sama karya al-Rafi’i.

[2] Ini menunjukkan al-Nawawi menyusun kitab al-Rawdhah untukmenyajikan satu kitab yang menghimpun pendapat muktamad untuk fatwa di dalam mazhab Syafi’i. Di dalam ungkapan al-Nawawi ini terdapat sanggahan terhadap orang yang mendakwa bahawa kitab Rawdhah al-Thalibin bukan kitab yang muktamad dalam mengetahui pendapat yang rajih di dalam mazhab.

Sumber:Abusyahmin.blogspot.com

Rabu, 02 November 2016

Kitab Fikih Madzhab Syafi'i


KITAB al-Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز) atau juga terkenal dengan judul Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز  فتح atau al-Syarh al-Kabir (الشرح الكبير) merupakan antara karya fiqh terkenal yang menjadi rujukan utama dalam kalangan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab ini adalah antara karya fiqh  yang disusun oleh Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i  (623H).

Kitab al-‘Aziz  Syarh al-Wajiz ini disusun oleh al-Rafi’i sebagai huraian (syarah) kepada al-Wajiz fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H), iaitu sebuah kitab ringkas dan padat yang menghimpunkan rumusan al-Ghazali terhadap pendapat-pendapat tokoh fuqaha al-Syafi’i sebelumnya dalam beberapa masalah fiqh.

Kitab al-‘Aziz, kemudiannya telah diringkaskan oleh Imam al-Nawawi (676H) dalam kitabnya Rawdhah al-Thalibin  dan Abdul Ghaffar al-Qazwaini (665H) dalam kitabnya al-Hawi al-Shaghir.

Metode Huraian al-Rafi’i…

Ketika membuat huraian terhadap kitab al-Wajiz, Imam al-Rafi’i melalui Kitab al-‘Aziz-nya  terlebih dahulu mengemukakan teks (nash) Imam al-Ghazali mengenai sesuatu masalah  fiqh, kemudian membuat penghuraiannya di bawah teks tersebut. Huraiannya dibuat secara terperinci dengan hujah dan dalil-dalil yang melatar belakangi teks yang menjadi pegangan mazhab al-Syafi’i yang telah dirumuskan Imam al-Ghazali tersebut.

Selain itu, al-Rafi’i juga turut mengemukakan beberapa perbezaan pendapat ulama terhadap sesuatu masalah fiqh yang dibincangkan sekiranya ada. al-Rafi’i kemudiannya membuat pentarjihan (pemilihan) pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam ulama mazhab al-Syafi’i.

Berdasar kitab edisi Arab yang diterbitkan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut Lubnan pada tahun  1417H/1997, kitab ini dicetakkan sebanyak 13 jilid dan satu jilid tambahan yang memuatkan halaman isi kandungan tajuk, hadis-hadis dan sebagainya yang berkaitan dengan kitab ini. Edisi ini telah ditahqiq (edit) oleh Ali Muhammad Mu’awwadh dan Adil Ahmad ‘Abdul Maujud. Ia dilengkapi dengan semakan status hadis dan pentakhrijan periwayat hadis, serta beberapa huraian dan penjelasan bagi membantu dan memudahkan para pembaca dalam membuat semakkan dan rujukan lanjutan.

SUMBER:Abusyahmin.blogspot.co.id


Selasa, 01 November 2016

Fiqih Syafi'iyah

Kifayatun Nabih Syarah Attanbih
 التعريف بموضوع الكتاب:

 كتاب التنبيه للشيرازي من متون الشافعية التي نالت شهرة كبيرة وكثر تداولها وزادت أهميتها؛ وذلك لأنه جمع أصول مذهب الشافعي، فمع اختصاره تميَّز بالشمول، وكيف لا ينال هذه المكانة ومؤلفه هو الشيرازي أحد أعلام المذهب الشافعي يقول عنه النووي وعن كتابه: (كتاب نفيس حفيل، صنفه إمام معتمد جليل).

 

وقد اهتم العلماء بهذا المتن حتى عدَّ بعضهم له أربعين شرحًا، بالإضافة إلى من قام باختصاره ونظمه والتعليق عليه إلى غير ذلك.

 

ومن شروحه الفائقة شرح (كفاية النبيه) لابن الرفعة الذي حمل لواء الشافعية في عصره حتى قال عنه شيخ الإسلام ابن تيمية : (رأيت شيخًا تتقاطر فروع الشافعية من لحيته). فاق (كفاية النبيه) غيره من شروح (التنبيه)، وذلك لما تميَّز به من مزايا متعددة، والتي منها:

- كثرة الاستدلال بنصوص الكتاب والسنة والإجماع.

- التوسع في المسائل وكثرة التفريع.

- الاهتمام بأقوال الشافعي، والتمييز بين القديم منها والجديد، وكذلك وجوه الأصحاب وتخريجاتهم.

- له اختيارات وتصحيحات يخالف فيها النووي.

- الإكثار من النقل عمن سبقه من الفقهاء، والتحري في النقل عنهم.

- وضوح عبارته، والابتعاد عن الألفاظ الغامضة.

 

ومنهج المؤلف في كتابه أنه يفتتح الكتاب أو الباب بمقدمة تتضمن عدة أمور منها التعريف باسم الكتاب أو الباب لغة واصطلاحًا، ثم يذكر أدلة المشروعية من الكتاب والسنة.

ويقوي شرحه رحمه الله بالاستدلال بالكتاب والسنة كثيرًا، ومنهجه في ذلك أنه يجمع بين الكتاب والسنة، وإذا استدلَّ بالحديث فإنه يخرجه غالبًا، وأحيانًا يذكر حكمه من خلال أقوال علماء الحديث، ويتعقب صاحب المتن بذكر أقوال أو أوجه حكيت في المسألة لم يذكرها، ويصدرها غالبًا بقوله: (ووراء ما ذكره الشيخ وجهان أو أوجه). ونحو ذلك. وكثيرًا ما إذا ذكر قولًا أو وجهًا في مسألة يقول: (ويتجه أو ينبغي طرد ذلك في كذا). مما هو شبيه بالمسألة، وهو يفعل ذلك كما قال: (تقويةً للجمع بين المسألتين، وطلبًا للفرق بين المأخذين). ويعرف بالغريب من ألفاظ المتن، مع إيراد الأوجه اللغوية في بعضها، وأحيانًا يضبطها، وأحيانًا يورد بعض الاعتراضات على كلام المؤلف ويجيب عنها.

وقد سلك المؤلف في كتابه مسلكًا متوسطًا، فلا هو بالطويل الممل، ولا بالقصير المخل.

 

والكتاب قام بدراسته وتحقيقه والتعليق عليه الدكتور مجدي محمد سرور باسلوم معتمدًا على عدة نسخ خطية، قام بمقابلتها مع إثبات الفروق بينها، وتخريج الأحاديث والآثار، وتوثيق النقولات والأقوال، وشرح الغريب، وترجمة الأعلام، وشرح المصطلحات الفقهية والأصولية في الكتاب، مع المقدمة والفهارس العلمية، وقد أشار المحقق إلى أنه ألحق بهامش هذا الكتاب كتابا آخر وهو (الهداية إلى أوهام الكفاية) للإسنوي ورمز له بـ [أ و] ومع قوله ذلك فقد تم إفراد كتاب الهداية في المجلد العشرين.
ونشير أيضا إلى أن كتاب (كفاية النبيه) قد شارك في تحقيقه مجموعة كبيرة من الطلبة لنيل درجة الماجستير بكلية الشريعة جامعة أم القرى.
Sumber:dorar.net

Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia merupakan sebuah karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Kitab al-Tanbih disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta'liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H) Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab. Imam al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu; Mukhtashar al-Muzani, karya Abu Ibrahim al-Muzani, al-Muhazzab, karya Abu Ishaq al-Syairazi al-Tanbih, karya Abu Ishaq al-Syairazi, al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali, al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali. Manhaj Penyusunan Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai tajuk penting dalam ilmu fiqh. Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab al-Tanbih; Kandungan al-Tanbih dibahagi kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat, al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat, al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi beberapa buah bab. Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah yang berkaitan dibincangkan. Kandungan al-Tanbih disusun dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh. Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a ”. Setiap perbahasan kandungan al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas. Tidak disebutkan pengertian setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya. Dalam beberapa masalah yang dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama, namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut. Penyusun ada menshahihkan beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit sahaja. Kitab-kitab yang disusun berkaitan dengan kitab al-Tanbih. Para ulama selepas Abu Ishaq al-Syirazi telah menyusun beberapa buah kitab yang berkaitan dengan Matan al-Tanbih sama ada berbentuk huraian (syarah), ringkasan (mukhtashar), nadzam, nukat, tashhih, ta’liqah dan tahrir. Berikut antara kitab-kitab tersebut, yang disusun mengikut susunan tahun wafat pengarangnya. Syarah kitab al-Tanbih: 1. Tawjih al-Tanbih, sebuah syarah yang ringkas - karya al-Imam Abu al-Hasan Muhammad bin Mubarak Muhammad al-‘Ukbari, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Khall al-Syafi’i (552H). 2. Syarh al-Imam Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Imam Musa bin Yunus al-Mawshuli (622H). 3. al-Mudhih, Syarh Shayin al-Din ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Karim al-Jili (632H). 4. Syarh al-Hafidz Zakiy al-Din ‘Abdul ‘Adzim bin ‘Abdul Qawiy al-Munziri al-Syafi’i (656H). 5. Syarh Nashir al-Din Abdullah bin ‘Umar al-Syirazi (685H). Beliau telah mensyarahkannya dalam 3 jilid yang agak tebal. 6. al-Isyraq fi Syarh Tanbih Abi Ishaq, karya al-Imam Kamal al-Din Ahmad bin ‘Isa bin Ridhwan al-‘Asqalani (689H), yang terkenal dengan nama ‘ al-Qalyubi ’. Beliau mensyarahkannya dalam 12 jilid. 7. Syarh al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdullah al-Thabari al-Makkiy (694H). 8. al-Iqlid li Dar-i al-Taqlid, karya al-Imam Taj al-Din Abdul Rahman bin Ibrahim (690H), yang terkenal dengan ‘ al-Farkah al-Syafi’i ’. Beliau tidak sempat menyempurnakan syarahnya. 9. Syarh al-Imam ‘Alam al-Din Abdul Karim bi ‘Ali al-‘Iraaqi al-Syafi’i (704H). 10. Kifayah al-Nabih, karya al-Imam Najm al-Din Ahmad bin Muhammad bi ‘Aliy, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Rif’ah ’ (710H). 11. Syarh Muhammad bin Abi Manshur bin ‘Abdul Mun’im bin Hasan al-Syaibi (720H). 12. Tuhfah al-Nabih fi Syarh al-Tanbih, karya al-Syeikh Majd al-Din bin Isma’il bin ‘Abdul ‘Aziz al-Sankalumi al-Syafi’i (740H). 13. Syarh Dhiya-u al-Din Muhammad bin Ibrahim al-Munawi (746H). 14. Syarh ‘Alaa-u al-Din ‘Aliy bin Abdul Kafiy al-Subki (747H). 15. al-Kifayah Syarh al-Tanbih, karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bi Aliy bi al-Mulqan al-Syafi’i (804H). 16. Syarh al-Qadhiy Taqiy al-Din Abu Bakr bin Ahmad, yang terkenal dengan ‘ Qadhiy Syahbah al-Syafi’i al-Dimasyqi ’ (851H). 17. al-Wafiy Syarh al-Tanbih, karya al-Imam Jalal al-Din Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Sayuthi (911H). Beliau tidak sempat menyempurnakan syarahnya. 18. Irsyad al-Faqih ila Ma'rifah Adillah al-Tanbih, karya al-Imam 'Imad al-Din Ibn Katsir. Kitab Mukhtashar / Ringkasan Tanbih 1. al-Nabih fi Ikhtishar al-Tanbih, karya Taj al-Din Abdul Rahim bin Muhammad al-Mawshuli (761H). 2. Mukhtashar Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (864H). 3. Maslak al-Nabih fi Talkhis al-Tanbih, karya al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad al-Thabari (694H), 4. al-Lubab, karya Abu al-Farj Mufdhal bin Mas’ud al-Tanukhi. 5. Mukhtashar Syaraf al-Din Abu al-Qasim Hibatullah bin Abdul Rahim al-Baruzi al-Hamawi al-Syafi’I ( 738H). Kitab Nazham bagi Kitab al-Tanbih; 1. Nazham Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Abu Zuwid al-Syaibani al-Yamani. 2. Nazham Ja’far bi Ahmad bin al-Siraj (500H) 3. Nazham Sa’id al-Din Abdul Aziz bin Ahmad al-Diriy (697H). 4. Nazham Dhiya-u al-Din ‘Aliy bin Salim al-Azra-iI (731H), 5. al-Rawdh al-Nazih fi Nuzhum al-Tanbih , karya Syihab al-Din Ahmad bin Saif al-Din al-Dzahiri (753H) 6. Nazham Abdul Aziz bin Ahmad bin Sa’id al-Damiri (694H). Nukat bagi Kitab al-Tanbih; 1. Nukat Muhammad bin Ismail bin Ali al-Faqih , yang terkenal dengan ‘ Ibn Abu al-Saif ‘ (609H). 2. Nukat ‘ala al-Tanbih, karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). 3. Nukat Sughra / Nukat Kubra, karya Muhib al-Din Ahmad bin Abdullah al-Thabari (694H). 4. Nukat Kamal al-Din Ahmad bin Umar bin Ahmad al-Nasyani al-Qahiri (757H). Tashhih bagi al-Tanbih: al-‘Umdah fi Tashhih al-Tanbih, karya al-Imam al-Nawawi. Irsyad al-Nabih ila Tashhih al-Tanbih, karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bin ‘Aliy bin al-Mulqan al-Syafi’I (804H). Tashhih Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Bami al-Qahiri al-Mishri (885H). Ta’liqat bagi al-Tanbih: al-Iqlid, karya Burhan al-Din Ibrahim Ibrahim bin Abdul Rahman bin Ibrahim bin Siba’ al-Fazari al-Mishri (729H). Ta’liqah ‘Abdul Mun’im bin Ahmad bin Abu Bakr al-Anshari al-Mishri (695H). Tahrir bagi Alfadz al-Tanbih; Tahrir Alfadz al-Tanbih, karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Sumber:Abusyahmin.blogspot.com
Friday, August 3, 2012 Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia merupakan sebuah karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Kitab al-Tanbih disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta'liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H) Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab. Imam al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu; Mukhtashar al-Muzani, karya Abu Ibrahim al-Muzani, al-Muhazzab, karya Abu Ishaq al-Syairazi al-Tanbih, karya Abu Ishaq al-Syairazi, al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali, al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali. Manhaj Penyusunan Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai tajuk penting dalam ilmu fiqh. Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab al-Tanbih; Kandungan al-Tanbih dibahagi kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat, al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat, al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi beberapa buah bab. Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah yang berkaitan dibincangkan. Kandungan al-Tanbih disusun dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh. Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a ”. Setiap perbahasan kandungan al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas. Tidak disebutkan pengertian setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya. Dalam beberapa masalah yang dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama, namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut. Penyusun ada menshahihkan beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit sahaja. Kitab-kitab yang disusun berkaitan dengan kitab al-Tanbih. Para ulama selepas Abu Ishaq al-Syirazi telah menyusun beberapa buah kitab yang berkaitan dengan Matan al-Tanbih sama ada berbentuk huraian (syarah), ringkasan (mukhtashar), nadzam, nukat, tashhih, ta’liqah dan tahrir. Berikut antara kitab-kitab tersebut, yang disusun mengikut susunan tahun wafat pengarangnya. Syarah kitab al-Tanbih: 1. Tawjih al-Tanbih, sebuah syarah yang ringkas - karya al-Imam Abu al-Hasan Muhammad bin Mubarak Muhammad al-‘Ukbari, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Khall al-Syafi’i (552H). 2. Syarh al-Imam Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Imam Musa bin Yunus al-Mawshuli (622H). 3. al-Mudhih, Syarh Shayin al-Din ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Karim al-Jili (632H). 4. Syarh al-Hafidz Zakiy al-Din ‘Abdul ‘Adzim bin ‘Abdul Qawiy al-Munziri al-Syafi’i (656H). 5. Syarh Nashir al-Din Abdullah bin ‘Umar al-Syirazi (685H). Beliau telah mensyarahkannya dalam 3 jilid yang agak tebal. 6. al-Isyraq fi Syarh Tanbih Abi Ishaq, karya al-Imam Kamal al-Din Ahmad bin ‘Isa bin Ridhwan al-‘Asqalani (689H), yang terkenal dengan nama ‘ al-Qalyubi ’. Beliau mensyarahkannya dalam 12 jilid. 7. Syarh al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdullah al-Thabari al-Makkiy (694H). 8. al-Iqlid li Dar-i al-Taqlid, karya al-Imam Taj al-Din Abdul Rahman bin Ibrahim (690H), yang terkenal dengan ‘ al-Farkah al-Syafi’i ’. Beliau tidak sempat menyempurnakan syarahnya. 9. Syarh al-Imam ‘Alam al-Din Abdul Karim bi ‘Ali al-‘Iraaqi al-Syafi’i (704H). 10. Kifayah al-Nabih, karya al-Imam Najm al-Din Ahmad bin Muhammad bi ‘Aliy, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Rif’ah ’ (710H). 11. Syarh Muhammad bin Abi Manshur bin ‘Abdul Mun’im bin Hasan al-Syaibi (720H). 12. Tuhfah al-Nabih fi Syarh al-Tanbih, karya al-Syeikh Majd al-Din bin Isma’il bin ‘Abdul ‘Aziz al-Sankalumi al-Syafi’i (740H). 13. Syarh Dhiya-u al-Din Muhammad bin Ibrahim al-Munawi (746H). 14. Syarh ‘Alaa-u al-Din ‘Aliy bin Abdul Kafiy al-Subki (747H). 15. al-Kifayah Syarh al-Tanbih, karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bi Aliy bi al-Mulqan al-Syafi’i (804H). 16. Syarh al-Qadhiy Taqiy al-Din Abu Bakr bin Ahmad, yang terkenal dengan ‘ Qadhiy Syahbah al-Syafi’i al-Dimasyqi ’ (851H). 17. al-Wafiy Syarh al-Tanbih, karya al-Imam Jalal al-Din Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Sayuthi (911H). Beliau tidak sempat menyempurnakan syarahnya. 18. Irsyad al-Faqih ila Ma'rifah Adillah al-Tanbih, karya al-Imam 'Imad al-Din Ibn Katsir. Kitab Mukhtashar / Ringkasan Tanbih 1. al-Nabih fi Ikhtishar al-Tanbih, karya Taj al-Din Abdul Rahim bin Muhammad al-Mawshuli (761H). 2. Mukhtashar Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (864H). 3. Maslak al-Nabih fi Talkhis al-Tanbih, karya al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad al-Thabari (694H), 4. al-Lubab, karya Abu al-Farj Mufdhal bin Mas’ud al-Tanukhi. 5. Mukhtashar Syaraf al-Din Abu al-Qasim Hibatullah bin Abdul Rahim al-Baruzi al-Hamawi al-Syafi’I ( 738H). Kitab Nazham bagi Kitab al-Tanbih; 1. Nazham Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Abu Zuwid al-Syaibani al-Yamani. 2. Nazham Ja’far bi Ahmad bin al-Siraj (500H) 3. Nazham Sa’id al-Din Abdul Aziz bin Ahmad al-Diriy (697H). 4. Nazham Dhiya-u al-Din ‘Aliy bin Salim al-Azra-iI (731H), 5. al-Rawdh al-Nazih fi Nuzhum al-Tanbih , karya Syihab al-Din Ahmad bin Saif al-Din al-Dzahiri (753H) 6. Nazham Abdul Aziz bin Ahmad bin Sa’id al-Damiri (694H). Nukat bagi Kitab al-Tanbih; 1. Nukat Muhammad bin Ismail bin Ali al-Faqih , yang terkenal dengan ‘ Ibn Abu al-Saif ‘ (609H). 2. Nukat ‘ala al-Tanbih, karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). 3. Nukat Sughra / Nukat Kubra, karya Muhib al-Din Ahmad bin Abdullah al-Thabari (694H). 4. Nukat Kamal al-Din Ahmad bin Umar bin Ahmad al-Nasyani al-Qahiri (757H). Tashhih bagi al-Tanbih: al-‘Umdah fi Tashhih al-Tanbih, karya al-Imam al-Nawawi. Irsyad al-Nabih ila Tashhih al-Tanbih, karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bin ‘Aliy bin al-Mulqan al-Syafi’I (804H). Tashhih Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Bami al-Qahiri al-Mishri (885H). Ta’liqat bagi al-Tanbih: al-Iqlid, karya Burhan al-Din Ibrahim Ibrahim bin Abdul Rahman bin Ibrahim bin Siba’ al-Fazari al-Mishri (729H). Ta’liqah ‘Abdul Mun’im bin Ahmad bin Abu Bakr al-Anshari al-Mishri (695H). Tahrir bagi Alfadz al-Tanbih; Tahrir Alfadz al-Tanbih, karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Sumber:Abusyahmin.blogspot.com

Rabu, 26 Oktober 2016

ALMAJMU'SYARAH ALMUHADZDZAB

Resensi kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, karya al-Nawawi

Kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi merupakan rujukan fiqh terbesar mazhab al-Syafi-’i secara khusus dan fiqh Islam secara umum. Kitab yang merupakan komentar/syarah atas kitab al-Muhazzab karya Abu Ishaq al-Syairazi (W. 476 H) ini memiliki karakter khusus dibandingkan kitab mazhab lainnya, sehingga membuatnya berada di tempat teratas dibanding ensklopedia-ensiklopedia fiqh lainnya, baik klasik maupun kontemporer. Khususnya dikalangan mutaakhiriin pengikut Syafi’i, kitab ini mempunyai posisi yang sangat penting dalam fatwa, sehingga tidak mengherankan kalau Sayyed al-Bakri al-Dimyathi mengatakan bahwa kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab merupakan rujukan yang lebih diutamakan apabila bertentangan dengan kitab karya al-Nawawi lainnya, seperti al-Tahqiq, al-Tanqih, al-Raudhahdan al-Minhaj.

Kitab al-Majmu’ karya al-Nawawi merupakan salah satu rujukan terbesar yang penuh dengan pendapat-pendapat fiqh keempat imam mazhab dan lain-lainnya, sekalipun fokus utama pembahasannya adalah mengenai fiqh al-Syafi-’i. Dalam mengutip pendapat-pendapat mazhab, beliau merujuk kepada kitab al-Asyraf dan al-Ijmak karya Ibnu Munzir serta kitab-kitab pengikut mazhab-mazhab itu sendiri.

Cakupan isi kitab al-Ma’mu’ Syarh al-Muhazzab memuatkan seluruh pendapat-pendapat mazhab berserta dalil-dalilnya, di samping menyebutkan pentarjihan di antara pendapat-pendapat ini. Disamping itu terdapat juga pentakhrijan hadits-hadits hukum, penjelasan maknanya, penyebutan seluruh pendapat para imam dari kalangan ahli fiqh dan pentarjihan di antara pendapat-pendapat tersebut serta mazhab-mazhab mereka, penjelasan kecacatan hadits, status hadits dan biografi para perawinya, penafsiran kalimat-kalimat yang langka ( gharib ) dari al-Qur’an dan al-Hadits serta penjelasan kosa kata yang terdapat dalam redaksi kitab al-Muhazzab.

Namun, al-Nawawi -rahimahullah- meninggal sebelum menyelesaikan pensyarahan atas al-Muhazzab pada abad ketujuh Hijriyah karena beliau meninggal dunia lebih awal pada tahun 676 H. Syarah al-Nawawi tersebut terdiri dari  Juz  1 sampai dengan 9, terdiri dari Kitab al-Thaharah, al-Shalat, al-Zakat, al-Shiyam, al-Hajj dan yang berhubungan dengan qurban, aqiqah, nazar, makanan, perburuan dan penyembelihan. Kemudian masuk dalam bab jual beli dengan penjelasan tentang hal-hal yang boleh dan yang tidak boleh jual beli, jual beli gharar dan lainnya serta yang membatalkan dan yang tidak membatalkannya, sehingga masuk bab riba. Maka selanjutnya tugas mulia ini diambil alih oleh salah seorang ulama terkemuka, yaitu Taqiyuddin al-Subki, seorang Syaikhul Islam pada masanya (W. 756 H). al-Subki juga tidak sempat menyelesaikannya, maka seterusnya disambung kembali syarahnya oleh al-'Alim  al-Faqih al-Syeikh Muhammad Najib al-Muthi_'iy dengan mengikuti metode dua imam sebelumnya. Akhirnya,  terwujudlah kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab yang lengkap disyarah oleh tiga ulama.

Bagi anda yang ingin kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab versi PDF, download via link berikut :

http://adekunya.wordpress.com/2009/12/23/download-al-majmu-syarah-muhadzab/

Daftar Pustaka

1.      Dr. Muhammad al-Zuhaili, Muqaddimah al-Tahqiqi atas kitab al-Muhazzab, Dar al-Qalam, Damsyiq, Hal. 16-18

2.      Sayyed Al-Bakry al-Dimyathi, I’anah al-Thalibin, Thaha Putra, Semarang, Juz. IV, Hal. 234

3.      KH Sirajuddin Abbas, Keagungan Mazhab Syafi’i, Pustaka Tarbiyah, Jakarta

Sumber:kitab-kuneng.blogspotlcom

يعتبر كتاب المجموع للإمام النووي من أهم كتب الفقه ليس فقط لدى الشافعية ، بل لكل المذاهب الأخرى ، لأنه تعرض لأقوال أهل العلم من مختلف المذاهب مع العرض بالدليل والترجيح، وقد شرح فيه النووي رحمه الله كتاب المهذب للشيرازي
وبين الإمام النووي منهجه في الشرح بأن بين لغاته وألاظه ، مع تعريف المصطلحات الفقهية ، ويذكر الأحاديث الصحيحة والحسنة والضعيفة والمرفوعة ، والرواة ، ثم يسهب في بيان الأحكام بعبارة سهلة ، ويضم الفروع والتتمات والزوائد والقواعد والضوابط في الفقه ، ويحدد ما اتفق عليه أصحاب الشافعي ، وما انفرد به بعضهم ، ملتزما ببيان الراجح والمعتمد في المذهب . 
وتتبع النووي فتاوى الأصحاب في كتب الأصول والطبقات والشروح ، فإن كان القول مشهورا أو للجمهور ذكره من غير تعيين قائله ، وإن كان القول غريبا أضافه إلى قائله ، كما يذكر مذاهب السلف من الصحابة والتابعين مع أدلتها ، كما ينقل مذاهب الأئمة والعلماء . 
وقال النووي : " واعلم أن هذا الكتاب ، وإن سميته شرح المهذب ، فهو شرح للمذهب كله ، بل لمذاهب العلماء كلهم ، وللحديث وجمل من اللغة والتاريخ والأسماء "
ولكن الإمام النووي رحمه الله لم يتم الكتاب ، وإنما وصل إلى ربع الأصل تقريبا ، وشرحه في 9 مجلدات ، ثم اختارته المنية ، وجاء تقي الدين علي بن عبد الكافي السبكي ( 756هـ ) وصنف ثلاث مجلدات ، ثم مات ، وأتمه غيره فلم يكمل إلا على يد الحضرمي 

SUMBER:Read.kitabklasik.net

Al Hawy Alkabir



Biografi Singkat Imam Al-Mawardi

Nama lengkapnya adalah Abu Hasan, Ali bin Muhammad bin Habib Al-Mawardi Al-Bahsri Asy-Syafi’i. Beliau digelari dengan Aqdha Al-Qudhah(Pemimpin para Qadhi) karena beliau banyak menghasilkan putusan hukum (qadha) dan fatwa saat menjadi Hakim serta karena luasnya ilmu beliau dalam masalah syar’i.

Beliau lahir di Basrah, Irak pada tahun 364 H/975 M dan dibesarkan di lingkungan yang penuh ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau sudah disibukkan dengan Al-Qur’an, Hadits (riwayah dan dirayah), Fiqih, Ushul dan ilmu-ilmu syar’I lainnya.

Beliau seorang faqih, hafidz, dan seorang ulama fikir terbesar mazhab Syafi’i yang telah mengarang ensiklopedia fiqih mazhab Syafi’i yang jumlahnya lebih dari dua puluh jilid. Al- Mawardi pernah memangku jabatan hakim (qadhi) di berbagai kota. Di zamannya, beliau menjadi pemimpin para hakim (Aqdha Qudhah) pada pemerintahan Al-Qaim bin Amrillah Al-‘Abbasi (Dinasti Abbasiyah). Beliau belajar hadits di Basrah pada beberapa ulama besar hadits, diantaranya:

1.      Al-Hasan bin ‘Ali bin Muhammad al-Jaballi

2.      Muhammad bin ‘Adi bin Zuhar al-Muqri

3.      Muhammad bin al-Ma’li al- Azdi

4.      Ja’far bin Muhammad bin al-Fadhal al- Baghdadi.

Sedangkan dalam ilmu fiqih beliau belajar kepada Abul Qasim ‘Abdul Wahid bin Muhammad ash-Shabmari, seorang hakim di Bashrah, dan kepada Abu Hamid Ahmad bin Abi Thahir al-Isfiraini di Baghdad.

Al-Mawardi telah banyak menulis kitab yang sangat bermanfaat, diantara kitab-kitabnya yang sampai pada kita hingga kini adalah:

Kitab al-Hawi al-Kabir, kitab fiqih mazhab Syafi’i yang berjumlah lebih dari dua puluh jilid.Kitab al-Ahkam as-Sulthaniyah, kitab ini membahas tentang hukum ketatanegaraan.Kitab Nashihat al-Muluk.Kitab Qawanin al-Wizarah wa Siyasat al-Mulk.Kitab at-Tafsir.Kitab al-Iqna, sebagai ringkasan kitab al-Hawi.Kitab Adab al-Qadhi.Kitab A’lam an-NubuwwahKitab al-Amtsal wa al-HukmKitab al-Bughyah al-‘Ulya fi Adabi ad-Dunya wa ad-Din. Kitab ini lebih dikenal dengan nama Adabu Dunya wa Din.

Al-Mawardi wafat pada hari selasa di penghujung Rabi’ul awwal tahun 450 H dalam usia 86 tahun. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Bab Harb dan dishalati oleh muridnya, al-Imam al-Khatib al-Baghdadi.

Mengenal Kitab Al-Hawi Al-Kabir

Al-Mawardi menamakan kitabnya Al-Hawi Al-Kabir sebagai sebuah harapan dan doa agar kitabnya ini mengandung penjelasan terhadap hukum-hukum fiqih secara lengkap dan menyeluruh (Al-Hawi=Kelengkapan), mudah untuk dipahami, runut serta otentik. Nama Al-Hawi ini terinspirasi dari kitab karangan Imam Abu Ahmad, Muhammad bin Sa’id yang ma’ruf dikenal dengan Ibnu Al-Qadhi. Karangan tersebut juga bernama Al-Hawi.

Pada dasarnya kitab ini adalah sebuah syarh(komentar) terhadap kitab Al-Mukhtashar Imam Al-Muzani. Sebagaimana yang diketahui bahwa Al-Muzani meringkas kitab Al-Umm Imam Asy-Syafi’I dengan kitabnya Al-Mukhtashar. Salah satu tujuannya adalah untuk memudahkan bagi para penuntut ilmu serta para fuqaha untuk memahami fiqih Imam Asy-Syafi’i. Maka dengan berlandaskan kepada kitab Al-Mukhtashar ini, Imam Al-Mawardi pun menulis Al-Hawi Al-Kabir.

Walau begitu, Al-Mawardi pada hakikatnya tidak hanya memberikan komentar atas kitab Al-Mukhtashar, namun beliau juga menambahkannya dengan penjelasan-penjelasan yang berharga. Beliau juga menuliskan beberapa masalah yang menjadi ikhtilaf di kalangan ulama terutama mazhab yang empat lalu melakukan tarjih atas pendapat Imam Asy-Syafi’I dan mazhabnya.

Kitab Al-Hawi ini benar-benar merupakan kitab yang ensiklopedis karena memuat begitu banyak masalah-masalah detail dalam fiqih. Tak heran kalau kitab ini sangat sering disebut-sebut oleh ulama fiqih setelahnya terutama fiqih syafi’i. Imam An-Nawawi dalam Syarh Al-Muhazzab seringkali mengutip pendapat beliau. Jika ditemukan istilah قاضيان / Qadhiyani / Dua orang Qadhi dalam kitab fiqih syafi'i (terutama yang lewat jalur Imam An-Nawawi), maka salah satu dari qadhi tersebut adalah beliau Qadhi al-Mawardi rahimahullah (yang satunya lagi adalah Qadhi ar-Ruyani, pengarang al-Bahr fi al-Mazhab)

Kitab ini juga banyak dipuji oleh kalangan ulama. Imam Al-Isnawi mengatakan bahwa “belum pernah ada kitab yang ditulis seperti kitab ini”. Hal senada juga diungkapkan oleh Ibnu Haji Khalifah. Ibnu Khalliqan mengatakan “Siapapun yang meneliti kitab ini akan menemukan bahwa penulisnya adalah orang yang sangat luas dan dalam ilmunya serta memiliki pengetahuan yang sempurna dalam mazhab ini (mazhab syafi’i)”.

Secara umum, kitab ini ditulis dengan urutan bab sama seperti Al-Mukhtashar yakni dimulai dari Bab At-Thaharah dan diakhiri bab Itq Ummahatu Al-Awlad. Begitu juga dengan pasal-pasal dan detail masalahnya. Keistimewaannya adalah kitab ini dilengkapi dengan dalil yang berlandaskan kepada ushul fiqih mazhab syafi’I (yakni Al-Qur’an, Sunnah, Atsar Sahabat, Ijma’, Qiyas) serta dikuatkan dengan argumentasi yang meyakinkan. Dalam masalah yang berhubungan dengan kebahasaan, beliau seringkali menguatkannya dengan syair-syair jahili yang tentu saja memiliki pengaruh besar terhadap keputusan fiqihnya. Kitab ini juga memuat beberapa ikhtilaf pendapat antar mazhab yang tentu saja dikuatkan (tarjih) sesuai dengan pendapat mazhab Syafi’i.

FIKIH SYAFI'IYYAH


Abad ke-8 Hijriah (700-799 H)

1.  ‘Alamuddin Abdul Karim bin ‘Ali bin ‘Umar al-‘Iraqi al-Syafi’i (Ibn al-Kurdi al-Anshari al-Mishri) (704H)
a) Syarh al-Tanbih

2. Syarafuddin Abdul Mukmin bin Khalaf bin Abu al-Hasan al-Diyamthi (613-705H
a) Kasyf al-Mughaththa fi Fadhl al-Shalah al-Wustha

3. Dhiya’uddin Abdul Aziz  bin Muhammad al-Thusi al-Dimasyqi (706H)
a) al-Mishbah Syarh al-Hawi

4. Ibn al-Rif-‘ah, Abu al-‘Abbas Najmuddin Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Murtafi’ bin al-Rif-‘ah al-Anshari (645-710H)
a) al-Mathlab Syarh al-Wasith (Mathlab al-‘Ali fi Syarh al-Wasith)[1]
b) Kifayah al-Nabih Syarh al-Tanbih[2]

5. ‘Ala’uddin Abu al-Hasan, Ali bin Muhammad bin Abdul Rahman al-Baji al-Mashri (631-714H)
a) al-Tahrir Mukhtashar al-Muharrar

6. Ruknuddin Abu Muhammad al-Hasan bin Muhammad bin Syaraf Syah al-Istirabazi   (715H)
a) Syarh al-Hawi

7. Ibn al-Wakil al-Mishri (Ibn al-Murahhil), Shadruddin Muhmmad bin Umar al-Syafi’i (716H)
a) al-Asybah wa al-Nazhair (الأشباه والنظائر)

8. ’Izzuddin Abu Hafsh ‘Umar bin Ahmad bin Ahmad al-Mudlaji al-Nasya-i al-Mishri (716H)
a) al-Isykalat ‘ala al-Wasith

9. Muhammad bin Abi Manshur bin ‘Abdul Mun’im bin Hasan al-Syaibi (720H)
a) Syarh al-Tanbih

10. Baha-uddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Abu Bakr bin ‘Arram al-Sakandari (720H)
a) al-Siraj al-Wahhaj Fi Iydhah al-Minhaj

11. Quthbuddin Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Shamad bin Abdul Qadir al-Sunbathi al-Mishri  (722H)
a) Tashhih al-Ta’jiz

12. Ibn al-‘Amiri,  Jamaluddin Ahmad bin ‘Ali al-Yamani  (725H)
a) Syarh al-Tanbih

13. Ibn Qadhi Syahbah, Kamaluddin Abdul Wahhab bin Muhammad bin Abdul Wahhab Ibn Qadhi Syahbah al-Asadi (726H)
a) al-Ta’liq ‘ala al-Tanbih
b) Syarh al-Jurjaniyah[3]

14. Najmuddin Ahmad bin Muhammad al-Qamuli (727H)
a) al-Bahr al-Muhith fi Syarh al-Wasith
b) Jawahir al-Bahr[4]

15. Ibn al-Shaqilli, Fakhruddin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad (727H)
a) al-Tanjiz

16. ‘Alauddin Abu al-Hasan ‘Ali bin Isma’il bin Yusuf  al-Qunawi al-Tibrizi  (668-729H)
a) Talkhish Minhaj al-Halimi (Talkhish Minhaj al-Din)

17. Najmuddin Abu Abdullah Muhammad bin ‘Uqail bin Abu al-Hasan al-Balisi al-Mishri  (660-729H)
a) Syarh al-Tanbih

18. Fakhruddin Abu Umar ‘Uthman bin Muhammad bin Abdul Rahim ()
a) Syarh al-Hawi

19. Jamaluddin Abdul Hamid bin Abdul Rahman bin Abdul Hamid al-Jiluni al-Syirazi (731H)
a) al-Bahr al-Shaghir (al-Fatawa fi Nasyr al-Hawi)[5]

20. Dhiyauddin Abu al-Hasan ‘Ali bin Salim bin Rabi’ah al-Anshari al-Azra’iy (657-731H)
a) Nazham al-Tanbih

21. ‘Imaduddin Abu al-Fida’ Ismail bi Ali bin Mahmud al-Malik al-Ayyubi (672-732H)
a) Nazham al-Hawi

22. al-Qadhi al-Imam Sarafuddin Abu al-Qasim Hibatullah Ibn al-Barizi (734H)
a) Masa-il Tahlil al-Ha-idh min al-Ihram

23. Al-Qadhi Syaraf al-Din Abu al-Qasim Hibatullah bin Abdul Rahim al-Barizi al-Hamawi al-Syafi’i (645-738H)
a) Mukhtashar al-Tanbih
b) Tamyiz al-Ta’jiz (Syarh  ‘ala al-Ta’jiz)[6]
c) al-Zubad[7]
d) Syarh al-Bahjah
e) Taysir Fatawa fi Tahrir al-Hawi

24. Fakhruddin Abu ‘Amru Usman bin ‘Ali bin Usman al-Tha’i al-Halabi (Ibn Khathib Jibrin) (662-739H)
a) Tashhih al-Hawi

25. Majd al-Din Abu Bakr bin Isma’il bin ‘Abdul ‘Aziz al-Zankalumi al-Syafi’i  (677-740H)
a) Tuhfah al-Nabih Syarh al-Tanbih
b) Zawa-id al-Bahr ‘ala al-Rafi’i

26. Muhammad bin Yusuf, Zaynuddin Abu Hayyan al-Dalusi (745H)
a) al-Wahhaj fi Ikhtishar al-Minhaj

27. Dhiya-u al-Din Muhammad bin Ibrahim al-Munawi (746H)
a) Syarh al-Tanbih

28. Jamaluddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Bashshal al-Yamani (748H)
a) Syarh al-Tanbih

29. Abu al-Fadhl Kamaluddin Ja’far bin Tsa’lab bi Ja’far al-Adfuwy (675/685-748/749)
a) al-Imta’ fi Ahkam al-Sima’

30. Ibn al-Wardi, Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri al-Kindi (691-749H/1348M)
a) al-Bahjah Nazmu al-Hawi al-Shaghir[8]

31. Faraj bin Muhammad, Nuruddin  al-Ardabili (749H)
a) Syarh al-Minhaj

32. Najmuddin Abu al-Qasim Abdul Rahman bin Yusuf bin Ibrahim al-Ushfuni  (677-750H)
a) Mukhtashar al-Rawdhah

33. Syihabuddin Abu Musa Ahmad bin Musa bin Khafajah al-Shafadi (750H/1349M)
a) Syarh al-Tanbih
b) al-‘Umdah (al-Mukhtashar fi al-Fiqh)
c) al-Masa-il al-Muhimmat li al-Mu’minin

34. Syihab al-Din Ahmad bin Saif al-Din al-Dzahiri (753H)
a) al-Rawdh al-Nazih fi Nuzhum al-Tanbih

35. Taqiyuddin Abu al-Hasan Ali bin Abdul Kafi al-Subki (683-756H)
a) Takmilah al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab[9]
b) al-Ibhaj Fi Syarh al- Minhaj
c) Fatawa al-Subki
d) Nur al-Mashabih fi Shalah al-Tarawih

36. Taj al-Din Abdul Rahim bin Muhammad al-Mawshuli (761H)
a) al-Nabih fi Ikhtishar al-Tanbih

37. Ibn Naqib al-Mishri, Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Lukluk (702-769H)
a) Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik
b) al-Tawsyih al-Muzahhab fi Tashhih al-Muhazzab
c) Tashil al-Hidayah wa Tahshih al-Kifayah[10]

38. Jamaluddin Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-Syarisyi al-Dimasyqi (695-769H/779H)
a) Zawa-id al-Hawi ‘ala al-Minhaj

39. Tajuddin Abdul Wahhab bin  Taqiyyuddin Ali bin Abdul Kafi al-Subki (770H)
a) Takammulah al- Ibhaj Fi Syarh al- Minhaj
b) al-Tawsyih ‘ala al-Tanbih wa al-Tashhih wa al-Minhaj

40. Syamsuddin Abu Abdullah, Muhammad bin Khalaf bin Kamil al-Ghazzi al-Dimasyqi (716-770H)
a) Ziyadat al-Mathlab ‘ala al-Rafi’i[11]

41. Jamaluddin Abu Muhammad Abdul Rahim bin al-Husain bin ‘Ali al-Qurasyi al-Isnawi al-Mishri (704-772H)
a) Hasyiah ‘ala al-Rawdhah
b) Tazkirah al-Nabih Fi Tashhih al-Tanbih[12]
c) al-Hidayah ila Awham al-Kifayah
d) al-Muhimmat ‘ala al-Rawdhah[13]
e) al-Tanqih fima Yarid ‘ala al-Tashhih
f) al-Tamhid fi Takhrij al-Furu’ ‘ala al-Ushul
g) al-Fatawa al-Hamawiyyah

42. Abu Hamid Baha-uddin Ahmad bin Ali bin Abdul Kafi al-Subki al-Mishri (719-773H)
a) Jam’u al-Tanaqud

43. Imaduddin Abu al-Fidak Ismail bin ‘Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Dimasyqi (701-774H)
a) Irsyad al-Faqih ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih

44. Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Ridhwan al-Ba’li al-Mawshili (774H)
a) Ghayah al-Luhhaj fi Syarh al-Minhaj

45. Al-‘Allamah Jamaluddin Yusuf bin Ibrahim al-Ardabili (779H)
a) al-Anwar li A’mal al-Abrar

46. Syihabuddin Abu al-‘Abbas al-Azra’i  Ahmad bin Hamdan bin Abdul Wahid (708-783H)
a) Qut al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj
b) Ghunyah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj
c) Hasyiah ‘ala al-Rawdhah
d) Jam’ al-Tawassuth Bayna al-Rawdhah wa al-Syarh Syarh[14]
e) al-Tanbihat ‘ala Awham al-Muhimmat

47. Jamaluddin Muhammad bin Abdullah bin Abu Bakr al-Shardafi al-Rimiy (710-792H)
a) al-Ma-‘ani al-Badi-‘ah Fi Ma’rifah Ikhtilaf Ahl al-Syari-‘ah
b) al-Tafqih Syarh al-Tanbih li Abi Ishaq al-Syairaziy
c) Bughyah al-Nasik fi al-Manasik

48. Abu Abdullah Badruddin Muhammad bin Abdullah bin Bahadur al-Zarkasyi (745-794H /1344-1392M)
a) al-Dibaj fi Tawdhih al-Minhaj
b) Syarh al-Tanbih
c) Syarh al-Wajiz
d) al-Qawa-‘id Fi al-Furu’
e) al-Khadim li al-Rawdhah
f) Khabaya al-Zawaya fi al-Furu’
g) Fatawa al-Zarkasyi
h) al-Mantsur fi Tartib al-Qawa’id al-Fiqhiyyah[15] (المنثور في ترتيب القواعد الفقهية)

49. Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Shalih bin Ahmad  al-Biqa’i al-Zuhri al-Dimasyqi (795H).
a) al-‘Umdah

50. Syarafuddin Abu al-Ruh, ‘Isa bin ‘Usman bin ‘Isa al-Ghazzi (799H)
a) al-Jawahir wa al-Durar[16].

===
[1] Merupakan huraian bagi kitab al-Wasith, karya Imam al-Ghazali (505H). Ibn al-Rif’ah memulakan penyusunan karya beliau ini, dari bahagian akhir daripada kitab al-Wasith, iaitu bahagian jinayat, hudud dan ta’zir sehingga akhir kitab dan diikuti dengan bahagian muamalat. Kemudiannya, baharulah beliau menghuraikan bahagian awal kitab, iaitu bahagian ibadat dan hukum kekeluargaan. Namun beliau tidak sempat menyempurnakan karya beliau ini, kerana kewafatannya. Dalam bahagian ibadat, beliau hanya sempat membuat penghuraian sebahagian daripada bab solat. Ada pengkaji menyebutkan bahawa beberapa bab mengenai ibadat yang ditinggalkan oleh Ibn al-Rif’ah, iaitu zakat, puasa dan haji telah disiapkan huraiannya oleh seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i yang terkemudian, iaitu al-‘Allamah al-Qamuli al-Syafi’i. Wallahu a’lam.

[2] Dalam karya-karya fiqh mazhab Syafi’i, jika disebutkan kitab al-Kifayah secara mutlak tanpa judul lengkapnya (Kifayah al-Nabih), maka ia merujuk kepada kitab ini. Di antara kitab yang ada kaitan dengan kitab al-Kifayah, ialah;

a)  Tashil al-Hidayah wa Tahshih al-Kifayah, karya Ibn Naqib al-Mishri, Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Lukluk (702-769H).b)   al-Hidayah ila Awham al-Kifayah, karya Jamaluddin Abu Muhammad Abdul Rahim bin al-Husain bin ‘Ali al-Qurasyi al-Isnawi al-Mishri (704-772H).

[3] Kemungkinan syarah (huraian) bagi kitabal-Tahrir fi al-Furu’ karya Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad al-Jurjani (482H).

[4] Kitab Jawahir al-Bahr adalah ringkasan bagi kitab al-Bahr al-Muhith fi Syarh al-Wasithkarya beliau sendiri. Kitab ini kemudiannya telah diringkaskan pula oleh Sirajuddin ‘Umar bin Muhammad al-Yamani [887H] dengan kitabnya Jawahir al-Jawahir.

[5] Ia merupakan mukhtashar (ringkasan) bagi kitab al-Hawi al-Shaghir karya Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini al-Syafi’i (585-665H).

[6] Iaitu huraian bagi kitab al-Ta’jiz fi Ikhtishar al-Wajiz, karya Tajuddin Abu al-Qasim Abdul Rahim bin Muhammad bin Muhammad al-Mawshuli (671H)

[7]  Kitab al-Zubab adalah sebuah kitab yang disusun kembali dari Matn  al-Taqrib atau lebih dikenali sebagai Matan Abu Syuja’, dengan beberapa penambahan oleh pengarangnya. Kitab ini kemudiannya telah disusun kembali oleh Imam Ibn  Ruslan al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H) dalam bentuk nazam melalui kitabnya yang terkenal dengan judul Manzhumah Shafwah al-Zubad atau Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i.

[8] Ia juga dikenali dengan Bahjah al-Wardiyyah iaitu ringkasan kitab al-Hawi al-Shaghir karya al-Qazwaini (665H) dalam bentuk nazham.

[9] Kitab ini disusun bagi menyempurnakan kitab al-Majmu’  yang disusun  oleh Imam al-Nawawi (676H) sebelumnya. Di mana Imam al-Nawawi hanya sempat menghurai kandungan kitab al-Muhazzab karya Abu Ishaq Ibrahim bin Ali al-Syairazi al-Fayruzabadi (393-476H) sampai awal babMu’amalat. Imam Taqiyuddin al-Subki menyambung kembali usaha bagi menyempurnakan huraian kitab al-Muhazzab, namun usaha yang besar ini, terhenti lagi apabila Taqiyuddin al-Subki meninggal dunia lebih awal setelah menyelesaikan tiga jilid dari kitab al-Majmu’ iaitu sampai bab al-Murabahah dari Kitab al-Buyu‘.

[10] Ringkasan bagi kitab Kifayah al-Nabih Syarh al-Tanbih, karya Ibn al-Rif’ah (710H). Kebiasaannya, jika disebut kitab al-Kifayahsecara mutlak , maksudnya kitab Kifayah al-Nabih, karya Ibn al-Rif’ah.

[11]   Iaitu ziyadat (tambahan) bagi kitab al-Mathlab ‘ala al-Rafi’i karya Ibn al-Rif’ah (710H).

[12] Syarah bagi kitab Tashhih al-Tanbihkarya al-Nawawi. Beliau mempunyai syarah yang lain bagi kitab al-Tashhih iaitu al-Tanqih fima yarid ‘ala al-Tashhih.

[13] Syarah bagi kitab Rawdhah al-Thalibinkarya Imam al-Nawawi

[14] Kitab yang menggabungkan isi kandungan kitab al-Rawdhah karya al-Nawawi dan al-Syarh al-Kabir karya al-Rafi’i.

[15] Kitab mengenai kaedah fiqh (qawa’id fiqhiyyah). Al-Zarkasyi  menyusun kitab ini berdasarkan kitab al-Asybah wa al-Nazhair fi Fiqh al-Syafi’iyah (الأشباه والنظائر في فقه الشافعية), karya al-Imam al-Muhaddis al-Faqih Shadruddin, Abu Abdullah Muhammad bin Umar al-Murahhil (665-716H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wakil al-Mishri.

[16] Sebuah kitab fiqh yang besar. Antara kandungannya menerangkan perbezaan kaedah para ulama  dalam menetapkan hukum sesuatu permasalahan fiqh.
===

***Rujukan: Blog Karya Ulama

FIKIH SYAFI'IYYAH


Abad ke-7 Hijriah (600-699 H)

1. Muntajibuddin Abu al-Futuh, As’ad bin Mahmud bin Khalaf al-‘Ijliy al-Ashbahani (515-600H)
a) Syarh al-Muhazzab
b)  Tatimmah al-Tatimmah[1]

2. Al-Thawus, Abu al-Fadhl Ruknuddin al-‘Iraqi bi Muhammad bin al-‘Iraqi al-Hamzani al-Qazwaini (600H)
a) al-Thariqah al-Masyhurah fi al-Khilaf
b) Lubab al-Tahzib[2]

3. Dhiya-uddin Abu ‘Amru ‘Utsman bin ‘Isa Dirbas al-Kurdi al-Huzbani al-Maraniy al-Mishri (516-602H)
a) al-Istiqshak Syarh al-Muhazzab

4. Ibn Bathisy, ‘Imaduddin Isma’il bin Hibbatullah (602H)
a) al-Istiqshak li Mazahib al-‘Ulama al-Fuqaha

5. Fakhruddin al-Razi, Abu Abdullah Muhammad bin ‘Umar bin al-Husain al-Razi (544- 606H)
a) Syarh al-Wajiz

6. ‘Imaduddin Abu Hamid Muhammad bin Yunus bin bin Muhammad al-Irbili (535-608H)
a) al-Fatawa (al-Fatawa al-Wasithiyyah)

7. Mu’inuddin Abu Hamid Muhammad bin Ibrahim bin Abu al-Fadhl al-Sahli al-Jajarmi (613H)
a) Iydhah al-Wajiz

8. Syamsuddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Hadhrami al-Tarimi (613H)
a) al-Ikmal lima waqa’a fi Tanbih min al-Isykal wa al-Ijmal

9. Aminuddin Abu al-Khayr Muzaffar bin Abu Muhammad bin Ismail al-Rarani al-Tibrizi (558-621H)
a) Simth al-Fawa-id
b) Mukhtashar al-Tabrizi[3]

10. Al-Imam Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Imam Musa bin Yunus al-Mawshuli (622H)
a) Syarh al-Tanbih

11. Jamaluddin Abu al-Walid Yunus bin Badran bin Fayruz al-Qurasyi al-Syaibi al-Hijazi al-Maliji (al-Jamal al-Mishri) (623H)
a) Mukhtashar al-Umm

12. Al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi-‘iy al-Qazwini (624H).
a) al-Muharrar
b)  Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz ( al-Syarh al-Kabir )
c) Syarh al-Shaghir
d) al-Taznib fi al-Furu’  ‘ala al-Wajiz li al-Ghazali

13. Sha-inuddin Abdul Aziz bin Abdul Karim al-Jayli (629H)
a) al-Mudhih al-Nabih fi Syarh al-Tanbih

14. Muhammad bin Ahmad Baththal al-Rakabiy   (630H)
a) Nuzhum al-Musta’zib Fi Syarh Gharib al-Muhazzab

15. Ibn al-Hadus, Abu Muhammad al-Mu’afi bin Ismail bin al-Husain al-Mawshuli (551-630H)
a) al-Kamil fi al-Fiqh[4]

16. Al-Qala-‘i, Muhammad bin ‘Ali bin Abi ‘Ali al-Qala-‘i al-Yamaniy (630H)
a) Ihtirazat al-Mazhab
b) al-Mustaghrib fi al-Muhazzab
c) Kanz al-Huffazh fi Ghara-ib al-Alfazh al-Muhazzab

17. Radhiyuddin Abu Dawud Sulaiman bin Muzaffar bin Ghana-im al-Jili (631H)
a) al-Ikmal

18. Sha-inuddin Abu al-Qasim ‘Abdul ‘Aziz bin Abdul Karim bin Abdul Kafi al-Humami al-Jili (632H)
a) al-I’jaz fi al-Ghaz

19. Syamsuddin Abu ‘Abdullah Muhammad bin Mu’in bin Sulthan al-Syaibani al-Dimasyqi (640H)
a) al-Tanqib ‘ala al-Muhazzab

20. Ibn Abi al-Dam, Ibrahim bin oleh ibn Abi al-Dam, Ibrahim bin Abdullah al-Hamdani al-Hamawi (583-642H).
a) Iydhah al-Aghalith al-Mawjudah fi al-Wasith / Syarh  Musykil al- Wasith
b) Adab al-Qadha’

===
[1] Kitab Tatimmah al-Tatimmah adalah sebuah kitab yang disusun oleh Imam Muntajibuddin al-‘Ijli bagi menyempurnakan kitab Tatimmah al-Ibanah  karya Imam Abu Sa’id Abdurrahman bin Ma’mun al-Mutawali al-Naisaburi (478H) yang tidak sempat disiapkannya. Di mana kitab Tatimmah al-Ibanah yang disusun oleh al-Mutawali merupakan sebuah kitab huraian (syarah) bagi kitab al-Ibanah  iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun oleh Abu al-Qasim Abdurrahman bin Muhamad Ahmad bin Fawran al-Fawrani (461H).
[2] Ia merupakan ringkasan kitab al-Tahzib karya Imam al-Baghawi (516h). Ia  bukan sekadar ringkasan, beberapa maklumat tambahan dan susunan baru dibuat oleh pengarangnya bagi menyempurnakan karya ini.

[3] Ia merupakan ringkasan bagi kitab al-Wajiz, karya Imam Abu Hamid al-Ghazali (450-505H)

[4] Dalam kitab ini dihimpunkan permasalahan fiqh syafi’i berdasarkan  kitab-kitab dari dua tariqah, iaitu tariqah khurasan dan Iraq. Ia sebuah kitab yang agak tebal, hampir menyamai ketebalam kitab Rawdhah al-Thalibin, karya al-Nawawi (676H).

===

21. al-Hafizh Ibn al-Shalah, Taqiyuddin Abu ‘Amru Utsman bin Abdur Rahman al-Kurdi al-Syahrazuri (577-643H)
a) Syarh Musykil al-Wasith /Ta’liqat ‘ala al-Wasith
b) Fatawa Ibn al-Shalah
c) Shilah al-Nasik
d) Adab al-Mufti wa al-Mustafti

22. Abu Abdullah Muhammad bin al-Husain bin Muhammad al-Armawi al-‘Alawi (Qadhi al-‘Askar) (650H)
a) Syarh Fara-idh al-Wasith

23. Zakiyuddin Abu Muhammad ‘Abdul Azhim bin ‘Abdul Qawiy  bin ‘Abdullah al-Munziri al-Mishri (581-656H)
a) Syarh al-Tanbih

24. Ibn al-Tilmisani, Syarafuddin Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Ali al-Fihri al-Mishri (658H)
a)  al-Mughni Syarh al-Tanbih

25. Izzuddin, Abu Muhammad  ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Salam bin Abu al-Qasim bin al-Hasan al-Sullami al-Dimasyqi (577-660H)
a) al-Ghayah fi Ikhtishar al-Nihayah[1]
b) al-Fatawa al-Kubra (al-Fatawa al-Mawshiliyyah)

26. Ibn al-Ustaz al-Asadi, Kamaluddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Abdullah bin Abdul Rahman (662H)
a) al-Hawasyi  ‘ala Fatawa Ibn al-Shalah
b) Syarh al-Wasith

27. Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini (585-665H)
a) al-Hawi al-Shaghir
b) al-Lubab[2]
c)  al-‘Ujab Syarh al-Lubab

28. Ya’qub bin Abdul Rahim bin Ibn ‘Ashrun (665H)
a) al-Masa-il ‘ala al-Muhazzab

29. Kamaluddin Abu al-Fadha-il Salar bin al-Hasan bin ‘Umar al-Irbili (670H)
a) Mukhtashar al-Bahr[3]

30. Muwaffiquddin Hamzah bin Yusuf al-Hamawi (670H)
a) Syarh Musykilat al-Wasith

31. Tajuddin Abu al-Qasim Abdul Rahim bin Muhammad bin Muhammad al-Mawshuli (671H)
a)  al-Tathriz Syarh al-Wajiz
b)  al-Ta’jiz Mukhtashar al-Wajiz (al-Ta’jiz fi Ikhtishar al-Wajiz)

32. Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H)
a)  Rawdhah al-Thalibin
b) Daqa-iq al-Rawdhah
c)  al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab
d) Nukat al-Muhazzab
e) Minhaj al-Thalibiin Wa ‘Umdah al-Muftiin
f)  al-Iydhah Fi al-Manasik
g)  Fatawa al-Nawawi /al-Masa-il al-Mantsurah
h)  al-Tahqiq
i) al-Tanqih Syarh al-Wasith[4]
j) Nuktah ‘ala al-Wasith
k) al-Minhaj fi Syarh Shahih Muslim[5]
l) Tuhfah Thalib  Syarh al-Tanbih[6]
m)  al-‘Umdah Fi Tashhih al-Tanbih
n) Nuktah al-Tanbih
o) al-Tahrir fi Lughat al-Tanbih
p)  Muhimmah al-Ahkam[7]
q) al-Muntakhab Mukhtashar al-Taznib[8]
r)  Ru-us al-Masa-il wa Tuhfah al-Thulab al-Fadha-il
s) Wujub Takhmis al-Ghanimah wa Qismah Baqiha
t)  al-Ushul wa al-Dhawabith
u)  Daqa-iq al-Minhaj

33. Abu al-Zabih Isma’il bin Muhammad bin ‘Ali al-Hadhrami (676H)
a) Syarh al-Muhazzab

34. Abu al-Farj Mufdhal bin Mas’ud al-Tanukhi
a) al-Lubab (Mukhtashar al-Tanbih)

35. Imam Yusuf bin Ibrahim al-Ardabili (676H )
a) al-Anwar li A’mal al-Abrar

36. ‘Alauddin ‘Ali bin Abu al-Hazm bin al-Nafis al-Qurasyi al-Mishri al-Thabib (687H)
a)   Syarh al-Tanbih

37. Al-Imam Kamal al-Din Ahmad bin ‘Isa bin Ridhwan al-‘Asqalani al-Qalyubi (689H)
a)  al-Isyraq fi SyarhTanbih Abi Ishaq

38. al-Qadhi (Qadhi Qudha’) Nashiruddin Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydhawi al-Syairazi (685H)
a) al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa
b)  Syarh al-Tanbih
c)  al-Tazkirah
d) Minhaj al-Wushul fi ‘Ilm al-Ushul[9]

39. Al-Imam Taj al-Din Abdul Rahman bin Ibrahim al-Fazari (690H)
a)  al-Iqlid li Dar-i al-Taqlid (Syarh al-Tanbih)
b)  al-Fatawa

40. Abu Muhammad Abdul ‘Aziz bin Ahmad bin Sa’id al-Damiri al-Dirini al-Mishri  (612/613-694H)
a) Nazham al-Tanbih

41. Muhibbuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Abdullah al-Thabariy (615-694H)
a) al-Thiraz al-Muzahhab (Mukhtashar al-Muhazzab)
b)  Syarh al-Tanbih
c) Maslak al-Nabih fi Talkhis al-Tanbih
d) al-Ahkam al-Mabsuthah

42. Baha-uddin Abu al-Qasim Hibbatullah bin Abdullah bin Sayyid al-Kull al-Qafthiy (600-697H)
a)  Syarh al-Hadiy[10]

43. Syihabuddin Abul ‘Abbas Ahmad bin Faruh bin Ahmad bin Muhammad bin Faruh al-Lakhmi al-Isybili al-Syafi’i (699H)
a) Mukhtashar Khilafiyaat al-Baihaqi[11]

===
[1] Ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab karya Imam al-Haramain al-Juwaini (417-478H).

[2] Merupakan kitab yang menghimpunkan pendapat-pendapat yang difatwakan oleh Ashab al-Wujud dan al-Aqawil dalam mazhab al-Syafi’i.

[3] Ringkasan bagi kitab Bahr al-Mazhabkarya Imam Fakhr al-Islam Abu al-Muhasin Abdul Wahid bin Ismail bin Ahmad al-Thabari al-Ruyani (502H).

[4] Beliau hanya sempat menyusunnya sampai di pertengahan kitab al-Shalah, iaitu mengenai syarat-syarat solat.

[5] Walaupun ia merupakan kitab huraian hadis, namun begitu ia juga boleh dikatogori sebagai kitab fiqh Syafi’i kerana terdapat perbincangan fiqh berdasarkan mazhab Syafi’i.

[6] Beliau tidak sempat menyempurnakannya, hanya  di pertengahan kitab al-Shalah.

[7] Karya beliau ini hanya sampai di pertengahan kitab al-Thaharah, iaitu mengenai kebersihan pakaian dan badan.

[8] Ringkasan sebuah kitab karya Imam Abu al-Qasim al-Rafi’I (624H) yang berjudul al-Taznib fi al-Furu’  ‘ala al-Wajiz li al-Ghazali

[9] Sebuah kitab usul fiqh yang terkenal, yang menjadi rujukan para ulama.

[10] Huraian bagi Kitabal-Hadiy fi al-Fiqh, karya Quthbuddin Abu al-Ma’ali Mas’ud bin Muhammad bin Mas’ud al-Thuraisyisyi al-Naysaburi (505-578H)

[11] Ringkasan kitab al-Khilafiyyat karya al-Hafiz Abu Bakar Ahmad  bin al-Husain bin ‘Ali al-Bayhaqi (384-458H).

===