Kitab Tuhfatul Muhtaj
Kitab Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj merupakan sebuah kitab fiqh yang terkenal, yang menjadi rujukan para ulama mazhab al-Syafi’i pada zaman mutaakhir. Kitab ini adalah karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H), yang lebih terkenal dengan panggilannya Ibn Hajar al-Haytami.
Kitab yang lebih dikenali dengan judul ringkasnya al-Tuhfah ini merupakan sebuah kitab yang menghuraikan (mensyarahkan) sebuah karya Imam al-Nawawi (631-676H) yang berjudul Minhaj al-Thalibin. Di dalam muqaddimahnya, Ibn Hajar al-Haytami berkata, “Setelah itu, sudah lama terlintas di dalam fikiranku untuk mengambil berkah dengan memberi sumbangan tehadap sebahagian kitab-kitab Abu Zakariyya Yahya al-Nawawi hinggalah saya berazam untuk berkhidmat terhadap kitabnya al-Minhaj dengan berpedoman kepada kitab-kitab syarahnya yang banyak beredar, serta memberikan jawapan dan tanggapan terhadap beberapa persoalan yang terdapat di dalamnya ” (al-Haytami, 1996:6)
Kitab al-Tuhfah ini merupakan sebuah kitab fiqh utama dalam mazhab al-Syafi’i, yang paling banyak menjadi pegangan muktamad para ulamanya di samping kitabNihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, iaitu karya Imam Syamsuddin al-Ramli (1004H), di dalam menjelaskan pendapat-pendapat yang difatwakan di dalam mazhab setelah era al-Nawawi.
Kitab Tuhfah al-Muhtaj ini sudah dicetak berulang kali bersamaan dengan hasyiahnya, iaitu;
1. Hasyiah al-‘Allamah Ahmad bin Qasim al-‘Ubbadi (994H)
2. Hasyiah al-‘Allamah Abdul Hamid al-Syarwani al-Daghistani
Menurut al-Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhayli, cetakan kitab al-Tuhfah yang paling elok adalah cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah di Beirut yang ditashihkan oleh Syaikh Muhammad Abdul Aziz al-Khalidi.
Download kitab al-Tuhfah di pautan berikut;
http://www.islamport.com/isp_eBooks/shf/e-Books/1718.rar
http://islamport.com/w/shf/Web/1718/1.htm (baca online)
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/tuhft_%20almuhtaj.zip
Sumber:Abusyahmin.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar